fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis saksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah TDM

BESERI, 5 Ogos- Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaksikan acara Perbarisan Serah Terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia yang diadakan di Padang Kawad Kem Bukit Keteri.

Timbalan Komander yang baharu, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji menggantikan Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak yang telah berkhidmat daripada 25 Mac 2019 sehingga 03 Ogos 2022.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Komander Rejimen berslogankan ‘Latih Untuk Perang’ itu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sebagai Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah.

Berangkat sama bagi menyaksikan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan juga upacara Serah Terima Tongkat Kuasa ialah Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Panglima Briged ke Enam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Akib Yusof.


(Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan
Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil)

Media Baharu