fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis berkenan lancar Produk Kraf Identiti Negeri Perlis

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen berkenan melancarkan Produk Kraf Identiti Negeri Perlis

KUALA PERLIS, 22 Januari- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Produk Kraf Identiti Negeri Perlis di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.

Produk kraf yang dilancarkan adalah daripada bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf menggunakan motif inspirasi pokok harum manis dan pokok jati yang mengetengahkan skema warna bendera Negeri Perlis.

Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut meluangkan masa menyaksikan Demonstrasi Kraf Batik Tanah Liat (Clay) dan Batik Linut.

Batik tersebut merupakan hasil kajian bahan penggantian bahan halangan warna berasaskan tanah liat dan linut bagi menghasilkan produk batik tanah liat dan batik linut yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia.

Hasil inovasi tersebut telah diperkenalkan kepada usahawan dan komuniti kraf baharu dalam menghasilkan kraf batik alternatif.

Baginda berdua turut meluangkan masa menyaksikan demonstrasi Kraf Wau Sobek oleh Adiguru Kraf Wau yang dilantik oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2018 iaitu Samad Man yang juga usahawan kraf mempunyai tahap kepakaran tinggi dalam bidang penciptaan dan ketukangan produk kraf yang mempunyai identiti tempatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE