fb fb fb fb fb

Radio negeri bantu pembangunan & pelancongan

Antara stesen radio negeri RTM

MELAKA, 24 Mei- Stesen radio negeri memainkan peranan dalam memahami keperluan dan memperkasa komuniti setempat.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, antaranya membantu pembangunan negeri dan pelancongan.

Beliau mahu pengisian di setiap stesen mengandungi pengajaran, pembelajaran dan hiburan untuk pendengar.

Malah, setiap stesen negeri mempunyai keunikan tersendiri dengan mengetengahkan budaya dan loghat mengikut negeri masing-masing.

"Pentingnya stesen radio negeri-negeri ini memainkan peranan untuk menyampaikan mesej supaya ia difahami oleh orang setempat. Jadi itulah salah satu caranya kita membina, membuat pembangunan di negeri-negeri.

"Jadi negeri akan mempunyai keperluan sedikit yang berbeza, disitulah fungsi kita untuk membantu menyampaikan mesej pembangunan", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran dalam Program Kokenut Shake Dulu di Melakafm, Jalan Taming Sari.

ROSLINA BINTI DIN