fb fb fb fb fb

Radio, medium penting sampaikan maklumat, hiburan & pendidikan- Fahmi

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Radio menjadi medium penting bagi menyampaikan maklumat, hiburan dan pendidikan kepada rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran di media sosial sempena Hari Radio.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas radio di hadapan mahupun di belajang tabir yang sentiasa berusaha dan memberikan komitmen luar biasa. 

"Semoga radio terus menjadi ejen penyatuan tanpa mengira latar belakang dan bukan pemisah antara kita.

"Pada masa sama, berperanan sebagai saluran yang menyebarkan ilmu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat.

"Selamat Hari Radio!," kata Fahmi dalam hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE