SEREMBAN, 13 Mei - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan akan menganjurkan majlis makan malam amal sebagai usaha melestari program kebajikan kepada veteran yang kurang bernasib baik.
Menurut Yang Dipertua PVATM negeri, Adnan Ahmad, dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk memberi bantuan kebajikan kepada anggota dan keluarga veteran yang amat memerlukan.
Tambahnya, sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan agar bantuan dapat disalur kepada ahli OKU, balu dan anak-anak yatim termasuk bantuan perbelanjaan hospital.
"Saya berharap agar masyarakat setempat dapat menyumbang dana wang kepada veteren2 kita kurang upaya khusunya pada veteren perang yang akan kita raikan jumlah sumbangan tertakluk pada sumbangan sempena majlis makan malam amal," kata Adnan.
Majlis makan malam amal itu akan diadakan pada 25 Jun depan bertempat di Hotel Royal Chulan, Seremban yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 06-7630977.
(Yang Dipertua PVATM Negeri, Adnan Ahmad)