fb fb fb fb fb

Putar belit isu kalimah Allah perlu dihentikan- Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Tindakan memutar belit fakta berkaitan isu kalimah Allah sehingga mengelirukan rakyat perlu dihentikan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjelaskan dakwaan beliau mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan berbeza dalam isu berkenaan.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah di mahkamah sudah dirujuk pada Yang di-Pertuan Agong menerusi panggilan telefon, sambil disaksikan semua Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. Itu bukan keputusan lama. Apa yang Sultan Selangor sebut dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak boleh kalimah Allah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak.

"Saya jelaskan, oleh kerana ada pindaan. Tuanku beri pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadang itu untuk diperkemas peraturan itu dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Tuanku akan mempersembahkan kepada Majlis Raja Raja", katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Anwar menjawab celahan Ahli Parlimen Tanjung Karang Dr Zulkafperi Hanapi yang membangkitkan Peraturan 36(12) di Dewan Rakyat.

Media Baharu