fb fb fb fb fb

Pusat Subfertiliti Negara dijangka siap dibina menjelang 2029

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2023 (PERKKS 23) di Putrajaya/FOTO RTM

PUTRAJAYA, 21 November- Pusat Subfertiliti Negara yang pertama bakal ditubuhkan di Shah Alam dilihat tepat pada masanya memandangkan penurunan kadar kelahiran di negara ini yang mulai menurun sejak lima dekad lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pusat berkenaan juga berfungsi sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini dan latihan kepakaran berkaitan kesuburan di Malaysia.

"Kita telah menyediakan dana sebanyak RM171 juta bagi membina sebuah Pusat Subfertili di Shah Alam yang akan bermula tahun hadapan dan dijangka siap pada 2029.

"Makmal berkenaan bukan sahaja untuk Subfertili tetapi juga untuk Mamogram dan HPV", katanya demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2023 (PERKKS 23) di sini.

Persidangan dua hari itu menghimpunkan lebih 30 pakar, ahli akademik dan penyelidik. 

PERKKS 23 dianjurkan LPPKN dengan kerjasama strategik bersama-sama United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia dan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), selain penglibatan MERCK Malaysia sebagai rakan kerjasama.

Selain itu, Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) turut dilakukan di antara LPPKN dan MERCK Malaysia dalam berkongsi kepakaran serta teknologi khusus yang berkaitan dengan bidang kesuburan, perancangan keluarga dan subfertiliti.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD