fb fb fb fb fb

Pusat Subfertiliti Negara dibina di Shah Alam, beroperasi 2030

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR, 2 April- Pusat Subfertiliti Negara yang pertama di Malaysia bakal dibina di Shah Alam, Selangor.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pusat berkenaan yang menelan kos RM171 juta itu dijangka beroperasi pada 2030.

Beliau berkata penubuhannya bakal menjadi pusat kesuburan dan pusat rujukan utama negara yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesuburan menyeluruh.

"Pusat ini juga akan menjadi pusat latihan kepakaran dan penyelidikan kesuburan yang secara langsung akan meningkatkan daya keberkesanan perancangan kerajaan untuk terus memperlahankan TFR (kadar kesuburan keseluruhan). Selain langkah mengatasi ketidaksuburan, Kerajaan Madani pada masa ini terus memberikan insentif kepda pasangan untuk mendapatkan rawatan kesuburan," katanya.

Noraini berkata demikian bagi menjawab soalan asal dibangkitkan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau, terdahulu memberitahu tahun lalu sebanyak tujuh klinik kesejahteraan lelaki telah diwujudkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluaran Negara (LPPKN) bertujuan membantu mengatasi masalah kesuburan golongan berkenaan.
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI