SUBANG, 2 Mei - Kemunculan pusat-pusat penyelenggaraan dan baik pulih jet peribadi di Malaysia berpotensi membantu perkembangan ekosistem industri penerbangan negara.
Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengalu-alukan lebih ramai pelabur dalam industri aeroangkasa untuk melabur di negara ini.
"Aeroangkasa ini memainkan peranan yang penting dan Asia Pasifik merupakan rantau yang berkembang dengan pesat kerana aeroangkasa ini bukan sahaja dari segi syarikat penerbangan tetapi ada ekosistem yang besar.
"Apabila kita bercakap mengenai penerbangan, hari ini trend dia bukan sahaja syarikat-syarikat penerbangan tetapi juga perniagaan jet ini juga penting," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) baharu Execujet, di sini.
Tambah Loke, dengan adanya pelan penjanaan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Malaysia menyasarkan untuk menguasai perniagaan penyelenggaraan pesawat untuk perniagaan dan jet peribadi dari rantau ini.
BERITA BERKAITAN: