KUCHING, 21 Jun - Kerajaan Sarawak bakal membangunkan Pusat Kraf Sarawak yang akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong di negeri itu.
Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, projek tersebut dijangka bermula dalam tempoh dua tahun.
Jelasnya pusat tersebut akan didirikan di kawasan seluas dua ekar berdekatan Muzium Budaya Borneo, menempatkan pejabat tetap Majlis Kraf Sarawak (SCC), galeri pameran dan ruang jualan hasil kraf komuniti tempatan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh pertama Majlis Kraf Sarawak 2025 di Kuching.
Tambahnya, pusat itu akan dilengkapi kemudahan seperti stesen Transit Aliran Automosi (ART) dan menjadi destinasi tumpuan kepada pelawat yang ingin mendapatkan kraf asli Sarawak.