fb fb fb fb fb

Pusat Khidmat DUN Indera Kayangan bantu penduduk daftar padu

Penduduk DUN Indera Kayangan hadir mendaftar PADU

KANGAR, 27 Januari - Pusat Khidmat Rakyat DUN Indera Kayangan mengambil inisiatif membuka kaunter bergerak Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai usaha memudahkan penduduk DUN Indera Kayangan mengemas kini maklumat dalam sistem tersebut.

Langkah itu bagi meningkat jumlah pendaftaran rakyat dalam PADU, berikutan jumlah mereka yang telah mendaftar ketika ini hanya 20,859 atau 10.9% daripada keseluruhan lebih 187,000 penduduk Perlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling berkata, usaha itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis untuk menggalakkan kesemua 16,000 penduduk dikawasan DUN Indera Kayangan mendaftar PADU.

"Seterusnya mengelakkan rakyat yang layak menerima manfaat subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial yang disediakan kerajaan daripada tercicir menerimanya," Gan Ay Ling bercakap kepada media dalam Program Khidmat Komuniti DUN Indera Kayangan bagi pendaftaran PADU yang dikendalikan enam petugas Jabatan Perangkaan Negeri Perlis di Pasar Cina, di sini.

TETITIA YUSOFF