fb fb fb fb fb

Punca tanah jerlus Pantai Permai bukan dari paip pembentungan IWK

Tanah jerlus di Pantai Permai

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menjelaskan kejadian tanah jerlus Pantai Permai bukan berpunca dari paip pembentungan awam IWK .

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas pasukan operasi IWK memeriksa lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pihak DBKL.

"Pemeriksaan mendapati aliran kumbahan dan jajaran paip pembentungan berjalan lancar seperti biasa.

"Kaedah cctv digunakan bagi proses pemeriksaan petang semalam dan tiada tanda tanda kerosakan dikenal pasti,"menurut kenyataan IWK.

Pihak IWK berpendapat ia disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi lain yang berkaitan.

Jelas kenyataan tersebut, segala hasil siasatan CCTV tersebut telah dimaklumkan kepada pihak DBKL.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE