KUALA LUMPUR, 1 Januari - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan moratorium hingga 6 bulan bermula hari ini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung Rakan Usahawan PUNB yang terjejas akibat banjir.
Setakat ini, 53 syarikat Rakan Usahawan PUNB di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan terjejas.
Dengan kerugian yang ditanggung dianggar berjumlah RM10.5 juta.
Usahawan terlibat disaran memohon moratorium berkenaan, tertakluk kepada syarat ditetapkan.