LANGKAWI, 18 Ogos - Pulau Tuba di sini, bakal menjadi pulau berpenduduk “rendah karbon” pertama di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini berikutan kedudukan strategik pulau itu dan jumlah kenderaan bermotor berada pada skala kecil.
Inisiatif kerajaan negeri Kedah bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) itu akan melibatkan semua kenderaan penduduk dan pengusaha motorsikal sewa di pulau berkenaan.
(Muhammad Sanusi ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Tuba, di sini)
"Dimana kenderaan bermotor menggunakan enjin ini akan diganti dengan elektrik. Beza harga ganti ini akan ditampung oleh KASA, iaitu sekitar RM1,000 hingga RM2,900 berbeza harga.
"Hasrat kita ialah menjelang hujung tahun ini semua kenderaan bermotor yang dimiliki penduduk dan dibuat sewa dan pengusaha akan diganti sepenuhnya menggunakan kenderaan bermotor elekrtik," kata Muhammad Sanusi di sini.