fb fb fb fb fb

Pulau Pinang pertimbang larang jualan vape

FOTO HIASAN / BERNAMA

GEORGE TOWN, 26 April- Kerajaan Pulau PInang terbuka kepada cadangan melarang penjualan rokok elektronik dan vape di premis perniagaan seluruh negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perbincangan rasmi mengenai perkara itu belum dijalankan dan pihaknya akan menunggu pembentangan isu tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen di Mesyuarat Exco akan datang.

"Vape kita belum bincang lagi kita tunggu kalau exco akan bawa ahli exco akan bawa perkara ini untuk diperbincangkan untuk hala tuju seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tahunan Toastmasters District 51 di sebuah hotel di George Town pagi tadi.

Terdahulu, Terengganu dilaporkan akan menjadi negeri pertama menguatkuasakan larangan penjualan e-rokok dan vape di premis perniagaan bermula 1 Ogos ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE