fb fb fb fb fb

Pulau Pinang komited pastikan langkah pemerkasaan wanita diberi keutamaan

Chow Kon Yeow mengedarkan bunga kepada kaum wanita di pasar pagi Chowrasta di George Town. Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung, Lim Hui Ying / FOTO FB Chow Kon Yeow 曹觀友

GEORGE TOWN, 8 Mac- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan senantiasa memastikan langkah pemerkasaan wanita dititikberatkan dan diberi keutamaan.

Usaha mengangkat martabat wanita adalah agenda penting kerajaan negeri Pulau Pinang dan semua urusan memperkasakan wanita akan senantiasa berterusan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, isu gender, hak sama rata, aspek pemerkasaan akan diberi fokus oleh kerajaan negeri terhadap kaum hawa.

"Sudah melebihi 100 tahun, kumpulan wanita memperjuangkan kesamarataan gender dan juga memperjuangkan hak-hak mereka namun perjuangan ini perlu diteruskan.

"Kita bernasib baik di Malaysia, ada kerajaan dan juga masyarakat sivil yang senantiasa bergabung tenaga untuk memastikan wanita sentiasa memainkan peranan, .wanita boleh diperkasakan, diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan bunga kepada kaum wanita di pasar pagi Chowrasta di George Town.

Sentuhan kasih itu turut dihadiri Ahli Parlimen Tanjung, Lim Hui Ying.

Sebanyak 2,000 kuntuman bunga diedarkan kepada kaum wanita dalam pasar dan sekitar Jalan Penang sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE