fb fb fb fb fb

Pulau Pinang giat usaha lahirkan modal insan mahir STEM

Foto RTM

BAYAN LEPAS, 28 Mac - Kerajaan Pulau Pinang akan meningkatkan usaha melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Ini berikutan negara ini kini menjadi tumpuan sebagai lokasi pelaburan teknologi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia selari dengan usaha yang dijalankan Penang Science Cluster sejak beberapa tahun lepas melalui pelbagai program STEM melibatkan sekolah di negeri itu.

"Kerajaan pihak akademik,industri penting untuk sama-sama mencungkil bakat dalam kalangan rakyat mewujudkan modal insan yang sesuai dapat memenuhi kehendak industri memandangkan Malaysia menjadi tumpuan dunia sebagai lokasi tumpuan pelaburan teknologi maka usaha ini perlu dipertingkatkan", kata Kon Yeow demikian selepas menghadiri Majlis Journey To First Tech Challenge (FTC) World Championships di Kilang Jabil di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri turut menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir  yang mewakili Malaysia ke FTC World Championship di Houston, Amerika Syarikat dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 April ini.

Pada majlis tersebut Jabil turut menyumbangkan RM50,000 sebagai dana tambahan untuk membiayai segala perbelanjaan perjalanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD