fb fb fb fb fb

Pulau Batu Puteh: Mahkamah batal saman individu

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif tidak mempunyai 'locus standi' atau hak di sisi undang-undang untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

(Pulau Batu Puteh / FOTO FAIL)

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM6,000 dalam masa 30 hari.

Hakim Hayatul Akmal mengumumkan keputusannya melalui sidang video, yang turut dihadiri peguam Mohaji Selamat yang mewakili plaintif.

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menarik balik permohonan untuk mengetepikan perintah ICJ yang memberikan bidang kuasa perundangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura walaupun sebelum perbicaraan kes itu, yang dijadualkan pada 11 Jun.

Media Baharu