fb fb fb fb fb

PTPK tawar kaedah pembayaran balik pinjaman

Foto Hiasan/BERNAMA

TERENGGANU, 28 Oktober - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedia berunding dengan peminjam yang belum bersedia membuat bayaran balik pinjaman selepas menamatkan latihan di mana-mana pusat kemahiran di Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Ts. Zahir Hassan berkata, peminjam sepatutnya membuat bayaran balik selepas enam bulan menamatkan pengajian.

Bagaimanapun sekiranya peminjam belum mempunyai pendapatan kerana belum bekerja, mereka boleh memohon kaedah lain seperti penangguhan bayaran balik pinjaman.

"Kita mudahkan bayaran balik kepada PTPK sehingga RM89 sebulan bagi memastikan bahawa peminjam ini merasa tanggungjawab.

"Kesedaran ini kita cuba pupuk, jadi peratusan pembayaran balik sentiasa meningkat," katanya selepas merasmikan Jelajah Karnival TVET di Kuala Nerus.  

Setakat ini, sebanyak 42 peratus atau hampir 160,000 daripada 380,000 peminjam telah membuat bayaran balik pinjaman mereka.  

Sebanyak RM380 juta disediakan bagi pinjaman PTPK pada tahun 2024.

Trainee