fb fb fb fb fb

PSKL2040 dilancar, pacu pembangunan Kuala Lumpur

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 November- Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dilancarkan dalam memacu pembangunan berterusan di ibu negara selain pelan jangka panjang bagi memenuhi visi ‘Bandar Untuk Semua’.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata pelan yang menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 itu merupakan rangka tindakan komprehensif, mengambil kira perubahan semasa meliputi perubahan iklim, ekonomi dan infrastruktur ibu kota itu mendepani persaingan antarabangsa pada abad ke-21.

"Bagi menangani isu-isu berkaitan alam sekitar, tindakan menjadikan Kuala Lumpur sebagai 'Bandar Neutral Karbon' menjelang 2050 telah pun diterjemah melalui Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon 2030 serta komitmen terhadap perubahan iklim melalui Pelan Tindakan Iklim 2050.

Ini merangkumi inisiatif-inisiatif seperti penanaman pokok sejumlah 1 juta anak pokok pada atau sebelum tahun 2025, perkhidmatan Bas GOKL pada masa ini menggunakan bas-bas elektrik dan juga menyediakan lebih laluan basikal," kata Ramkarpal di Parlimen, hari ini.

Beliau menjelaskan kepada wakil Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik ketika menyatakan usaha-usaha kementerian menghadapi cabaran pembangunan berterusan di Kuala Lumpur.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM