fb fb fb fb fb

PRU DUN Ke-15 : Bendera parti perlu ikut peraturan ditetapkan demi keselamatan

(FOTO RTM)

SHAH ALAM, 31 Julai -Setiap kali musim pilihan raya, perang bendera antara parti bertanding menjadi perkara paling hangat.

Perkara berkenaan disifatkan sebagai sesuatu yang memeriahkan suasana sepanjang tempoh kempen.

Suasana perang bendera di Selangor sangat meriah.

Selain bendera parti, turut dipasang ialah poster calon bertanding.

Lokasi pemasangannya tertumpu di jalan raya utama tumpuan pengguna.

Namun, wujud persoalan penting yang harus diberi perhatian berkaitan pemasangan bendera parti.


(Penduduk, Ahmad Hafizan Ahmad Hamdan/FOTO RTM)

Tinjuan RTM mendapati, masih ada bendera dipasang di lokasi tidak sepatutnya. Ini termasuk tiang lampu, jalan raya, selain peti pembekal milik TNB. Malah, ada bendera dipasang di kawasan yang menjejaskan lalu lintas.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Ahmad Hafizan Ahmad Hamdan berkata tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah parti yang memasang bendera di tempat yang tidak sepatutnya, perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Pemasang bendera perlu bertanggungjawab kepada tugas yang diberi. Sekiranya pemasangan bendera tidak mengikut spesifikasi dan piawaian seperti digantung di kawasan tiang lampu TNB atau kawasan yang boleh menghalang lalu lintas, ia sewajarnya di ambil tindakan", katanya ketika ditemui di sini.

Penduduk menggesa pihak berkaitan segera mengalihkannya demi keselamatan orang ramai.

Media Baharu