fb fb fb fb fb

PROTON terima Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

FOTO PROTON

KUALA LUMPUR, 16 Jun- PROTON telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri di Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024.

Anugerah tersebut diterima berdasarkan komitmen berterusan syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan usaha untuk menambah baik ciri keselamatan di seluruh rangkaian modelnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd Roslan Abdullah berkata pengiktirafan itu menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif pengeluar kereta nasional tersebut.

Selain, kemajuan penting yang dicapai untuk memastikan kesejahteraan pelanggan.

Anugerah berkenaan turut mencerminkan komitmen pengeluar kereta nasional itu untuk memanfaatkan teknologi dan reka bentuk inovatif dalam meningkatkan keselamatan kenderaannya.

Ini dibuktikan dengan antara rangkaian keretanya yang dilancarkan pada 2024 mempunyai enam beg udara sistem penahan tambahan, kawalan kestabilan elektronik, bantuan pemandu lanjutan tahap dua sistem dan sistem pemantauan tekanan tayar.

ASEAN NCAP ialah usaha kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan NCAP Global yang bertujuan untuk meningkatkan standard keselamatan, kesedaran pengguna dan menggalakkan pasaran bagi kenderaan yang lebih selamat dalam komuniti ASEAN. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE