fb fb fb fb fb

Proton mohon maaf salah label Sabah dan Sarawak dalam peta

Foto tular menunjukkan kedudukan Sabah dan Sarawak bertukar tempat pada peta Malaysia ketika pembentangan oleh Proton

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Syarikat pengeluar kereta tempatan, Proton memohon maaf atas kesilapannya melabel Sabah dan Sarawak pada kedudukan salah pada paparan peta yang tular di medai sosial sejak semalam.

Menurut satu kenyataan Proton, memaklumkan pihaknya akan lebih berhati-hati pada masa depan dan berterima kasih terhadap perhatian serta sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap syarikat tersebut.

“Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia dan kami komited untuk menghormtiti dan meraikan semua negeri secara sama rata.

“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai,” jelas kenyataan tersebut.

Semalam, tular bahan pembentangan perancangan Proton dalam segmen kenderaan elektrik (EV) pertamanya dikenali e.MAS, yang dijangka diperkenalkan akhir tahun ini.

Pembentangan itu memaparkan kedudukan Sabah dan Sarawak bertukar tempat dalam peta.

Situasi berkenaan mencetuskan kemarahan dan mengundang kecaman warga maya kebanyakkannya berasal dari Sabah dan Sarawak.

1306 PROTON MAAFKenyataan media Proton

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE