fb fb fb fb fb

Proton e.Mas 7, kenderaan rasmi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN

Kereta elektrik pertama Malaysia, Proton e.Mas 7, digunakan sebagai kenderaan rasmi delegasi Sekretariat ASEAN sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di Langkawi / Foto Bernama

LANGKAWI, 18 Januari – Kereta elektrik pertama Malaysia, Proton e.Mas 7, digunakan sebagai kenderaan rasmi delegasi Sekretariat ASEAN sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini.

Pemilihan kereta nasional itu bertujuan mengetengahkan produk tempatan sambil memberi penekanan terhadap teknologi hijau dan bebas karbon.

Proton e.Mas 7 akan digunakan sebagai pengangkutan rasmi para delegasi sehingga sesi pemukiman berakhir esok.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Proton e.Mas 7 dipilih sebagai kereta rasmi untuk mesyuarat ASEAN bagi menunjukkan sokongan kerajaan terhadap usaha Proton menghasilkan kenderaan elektrik pertama negara.

Pemilihan itu mencerminkan komitmen Malaysia terhadap promosi teknologi hijau dan usaha mencapai misi peralihan tenaga ke arah kelestarian.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN