fb fb fb fb fb

Proses peralihan kepada model dwirangkaian 5G bermula

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 21 Jun- Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, ia termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.

"Proses itu akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman daripada pihak Digital Nasional Bhd (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB.

"Ini merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia," kata Fahmi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI