fb fb fb fb fb

Proses menyelamat penduduk banjir di Terengganu berjalan lancar - PDRM

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan

HULU TERENGGANU, 26 Disember- Proses menyelamat penduduk yang terjejas banjir di Terengganu yang telah memasuki hari ke-4, berjalan lancar.

Walaupun jumlah melebihi 10,000 penduduk namun keadaan dilapor masih terkawal.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata pengalaman banjir sebelum ini membolehkan penduduk kampung keluar lebih awal menyelamatkan diri dan keluarga ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, beliau turut memuji kerjasama terbaik pasukan penyelamat dan semua agensi terlibat di negeri berkenaan.

"Saya nampak prosesnya berjalan lancar. Jawatankuasa bencana telah bersedia lebih awal dan kerjasama dengan semua agensi yang ada.

Alhamdulillah, memudahkan proses perjalanan menyelamat selain mengurus memantau dan mentadbir mangsa-mangsa banjir," kata Datuk Mazli kepada pemberita ketika meninjau laluan utama yang terjejas di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap masyarakat Terengganu tidak menjadikan banjir sebagai pesta air dan mengawasi anak-anak serta menjaga kesihatan sepanjang bencana banjir.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM