fb fb fb fb fb

Projek X-To Reef gabung kepakaran Malaysia, Jepun

MARANG, 17 Oktober- Struktur tukun tiruan bernilai RM2.1 juta dilabuhkan di perairan Pulau Kapas, Marang dan Pulau Sibu di Johor Bahru bawah Jabatan Perikanan Malaysia menerusi Projek X-To Reef yang julung kali diadakan melibatkan gabungan kepakaran antara Malaysia dan Jepun.
 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu Dr Azman Ibrahim sebanyak 10 unit tukun tiruan direka bentuk berdasarkan piawaian standard pembuatan yang boleh bertahan di dalam air sekurang-kurangnya selama 30 tahun.

Gabungan kerjasama itu melibatkan sebuah anak syarikat di Jepun, Jabatan Perikanan, Petronas dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).  
 
Reka bentuk itu sesuai dijadikan sebagai habitat seperti udang karang, sotong dan rumput laut dalam usaha melestarikan alam sekitar.

"Teknologi yang digunakan mengambil pengalaman dari Jepun, yang telah lama berpengalaman dalam pembuatan tukun khususnya untuk spesis marin iaitu sotong dan udang karang.

"Jadi hari ini ada enam tukun dilabuhkan, tiga bagi sotong dan tiga lagi bagi udang karang. Manakala baki yang empat lagi akan dilabuhkan di negeri lain. Jumlah kesemuanua ada 10 tukun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program X-To Reef yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat di perairan Pulau Kapas di sini.

X-To Reef ialah pengubahsuaian paip besi dasar laut milik Petronas yang akan dilupuskan dan diguna semula untuk dijadikan tukun tiruan sebagai perumah kepada sumber hidupan marin.

(Projek X-To Reef julung kali diadakan melibatkan gabungan kepakaran antara Malaysia dan Jepun)

Media Baharu