fb fb fb fb fb

Projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang perlu peruntukan sehingga RM90 bilion

Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 April- Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keperluan itu merangkumi pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid dan menambah kemahiran tenaga kerja.

"Ini merangkumi memperluas pengangkutan awam, mengukuhkan grid infrastruktur dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

"Komponen penting akan menjadi teguh dan grid boleh disesuaikan untuk mengendalikan sumber tenaga boleh diperbaharui. Anggaran kos untuk pembangunan grid saja adalah besar, mencecah RM180 bilion menjelang 2050 untuk menampung tenaga bersih Malaysia," katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bursa Malaysia dengan MOBILIST di ibu negara.

Kerjasama itu bagi membolehkan pelaburan yang lebih besar untuk menyokong peralihan tenaga dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI