fb fb fb fb fb

Projek Saluran Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng siap sepenuhnya

Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Paip Agihan Air Dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang

KUANTAN, 12 Disember- Projek Saluran Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng sepanjang 29.8 kilometer telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Terengganu, hari ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu melambangkan satu bentuk kerjasama antara kedua-dua negeri selain menyediakan bekalan air kepada penduduk dan industri.

Pada masa sama projek berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat dan pelabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

"Kadar itu kita akan dibincangkan antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan juga antara Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Syarikat Air Terengganu (SATU).

"Dia letak RM1.40 selepas itu kita akan minta kurang daripada harga berkenaan namun ia terpulang kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Kita harap mereka dapat pertimbangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Paip Agihan Air Dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Baidzawi Che Mat.

Bagaimanapun Pahang menjangkakan permintaan air bersih di Gebeng, Kuantan akan meningkat kepada 466 juta liter sehari menjelang 2025 dan menjadikan Gebeng berpotensi sebagai hab ekonomi dinamik.

Kerajaan Negeri Pahang juga mempunyai perancangan jangka panjang bagi meningkatkan perkhidmatan bekalan air di daerah Kuantan terutamanya di kawasan Gebeng.

Antaranya, membina Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Puling berkapasiti 400 juta liter sehari yang akan menjadi loji air terbesar di pantai Timur dan dijangka siap pada tahun 2027.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI