fb fb fb fb fb

Projek pengairan sawah di DUN Klebang Fasa 2 terima peruntukan tambahan RM12 juta

Dr Muhamad Akmal Saleh bercakap pada sidang media

AYER KEROH, 9 Julai- Melaka terima peruntukkan tambahan RM12 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek sistem pengairan sawah padi di DUN Klebang Fasa 2.
 
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kelulusan tersebut diberikan pada Jun.
 
Ia menjadikan keseluruhan peruntukkan bagi projek berkenaan RM43.5 juta selepas RM31.5 juta peruntukkan awal diluluskan pada Mac lalu.
 
"Tetapi apabila bajet itu diluluskan, ada permasalahan dari segi pengambilan tanah, maka ada kos tambahan dan kos tambahan itu adalah sebanyak RM12 juta dan pada bulan enam hari itu, kos tambahan ini telah diluluskan.

"Jadi kos keseluruhan bagi projek pengairan ini adalah sebanyak RM43.5 juta jadi insya-Allah akan dijangka projek ini akan dilaksanakan pada seawal 2025 dan dijangka selesai pada 2027,"katanya.
 
Sementara menunggu projek berkenaan siap sepenuhnya dijangka pada 2027, kerajaan negeri sedang memohon peruntukkan tambahan RM2 juta bagi pelaksanaan projek pengairan sementara.
 
Masalah sistem pengairan sawah padi di DUN Klebang melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Pinang, Kampung Bukit Kechil dan Kampung Gedung Lalang.
 
Isu berkenaan telah tertangguh sejak 2012 dan usaha penyelesaiannya disambung semula pada 2019.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE