fb fb fb fb fb

Projek pembinaan blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka bermula Oktober depan

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem / FOTO RTM

BANDARAYA MELAKA, 22 Januari- Projek pembinaan blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka yang baharu akan mula dilaksanakan pada Oktober ini, dengan kos dianggarkan bernilai RM700 juta

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, pembinaan bangunan itu akan bermula pada tahun 2025 dan dijangka beroperasi tahun 2029.

"Kita sudah dapat kelulusan sebanyak RM700 juta untuk membina blok baru hospital wanita dan kanak kanak untuk tahun ini pada bulan Oktober dan akan diserah kepada kontraktor selepas bangunan lama dirobohkan akan secepat mungkin pada tahun 2025 dan dijangka siap pada 2029", kata Hee Sem kepada media yang ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Menaik taraf dan Penggantian Sistem Lif di Hospital Melaka di sini.

Tambah Hee Sem,pembinaan blok baharu berkenaan dijangka mampu menampung jumlah kesesakan pesakit.

Blok tersebut akan dilengkapi dengan 396 katil termasuk penambahbaikkan infrastruktur seperti wad bersalin, Dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD