fb fb fb fb fb

Projek pembangunan dilaksanakan, tambah keyakinan penduduk

Datuk R. Ramanan

BUKIT MERTAJAM, 29 Jun- Sokongan penduduk termasuk masyarakat India terhadap Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap dilihat cukup baik.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, komuniti India di daerah Seberang Perai Selatan telah membina keyakinan berdasarkan pengumuman projek pembangunan yang akan dilaksanakan.

"...sokongan komuniti india kepada Pakatan Harapan (HP) sangat kuat, kalau kita lihat kominiti India di sini telah membina satu keyakinan yang penuh terhadap kerajaan.

"Ini merupakan berdasarkan keercayaan atas pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bertambah yakin," katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Koperasi di PERDA Padang Lalang di sini.

Kerajaan telah banyak membantu masyarakat India untuk maju termasuk menyediakan sejumlah peruntukan pembangunan serta perniagaan antaranya melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), TEKUN Nasional (TEKUN), Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Dalam program itu beliau mengumumkan program Jualan Madani Koperasi Dan Usahawan (JMKU) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan produk keperluan harian kepada pengguna pada kadar yang lebih murah.

Program berkanaan merupakan usaha mempromosikan sambutan Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2024, bertempat di Perkarangan Parkir Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI