KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Projek Air Tidak Terhasil atau Non Revenue Water Kebangsaan diteruskan pada tahun depan dengan kos RM3 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan projek ialah menggantikan paip usang sepanjang lebih 820 kilometer di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Pahang dan Selangor.
Kerajaan juga katanya akan meneruskan pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi dengan kos lebih RM400 juta.
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga RM13 juta untuk lima tahun.
"Loji Rawatan Air Langat 2 - kapasiti merawat sehingga 760 juta liter padu sehari untuk manfaat 1.5 juta rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. LRA Machang, Sungai Karangan dan Sidam Kiri, Kedah pula - kapasiti loji sehingga 200 juta liter sehari." menurut beliau lagi.