fb fb fb fb fb

Projek naik taraf LTAPP catat kemajuan memberangsangkan

Foto Facebook Chow Kon Yeow

BAYAN LEPAS, 22 Oktober - Projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bernilai RM1.2 billion mencatat kemajuan memberangsangkan apabila tiga pakej kerja utama berjalan mengikut jadual.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pakej Kerja 2 (WP02) melibatkan pembinaan apron serta kemudahan udara telah siap sebanyak 25 peratus.

Manakala, Pakej Kerja 1 (WP01) mencatat kemajuan 71 peratus melibatkan bangunan sokongan serta sistem kejuruteraan awam.

"Bagi Pakej Kerja 3 (WP03) pula, ia merangkumi pembinaan terminal baharu domestik dan antarabangsa serta kerja landskap dan pemindahan infrastruktur utiliti.

"Keseluruhan projek masih berjalan mengikut jadual empat tahun pembinaan dari 2024 hingga 2028", katanya pada Rabu. 

Jelas MAHB, pembesaran tersebut bakal meningkatkan kapasiti tahunan LTAPP kepada 12 juta penumpang setahun, berbanding 6. 5 juta ketika ini.

MAHB turut OPTIMIS untuk meminimumkan gangguan operasi sepanjang pelaksanaan projek dengan kerjasama kerajaan negeri yang terus memantau perkembangan secara berterusan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri yakin terhadap trajektori pelaksanaan projek pembesaran tebabit.

Selepas mendengar taklimat dari MAHB mengenai perkembangan projek tersebut, beliau menyifatkan ia bukan sekadar meningkatkan kapasiti semata-mata, sebaliknya usaha meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan dan perniagaan.

Kini LTAPP beroperasi 24 jam sehari dengan tujuh destinasi domestik dan lapan destinasi antarabangsa, mengendalikan purata 22,584 penumpang setiap hari dengan 49 kaunter daftar masuk, 12 ruang parkir pesawat dan sembilan jambatan udara.

 

Trainee