fb fb fb fb fb

Projek naik taraf jalan di Perak bukan 'gula-gula' PRU

BATU KURAU, 30 Ogos- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan projek-projek naik taraf jalan di negeri itu adalah ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya ia disebabkan beberapa kekangan sebelum ini yang membuatkan projek berkenaan tertunda dan tidak dilaksana mengikut jadual.

Jelas beliau, pelaksanaannya dibuat dengan meneliti secara terperinci prosedur-prosedur tertentu.

"Ada sesetengah projek kita umumkan kelulusan tetapi pelaksanaannya lambat kerana masalah jajaran dan masalah pengambilan tanah sebagai contoh.

Bukan kata kita 'menggula-gulakan' rakyat, kita umum sebab ia telah diputuskan," katanya selepas majlis perasmian Projek Pecah Tanah Jalan Baru Kamunting ke Anak Kurau Fasa 2 di sini.

(Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak)

Datuk Seri Saarani memberitahu, sejumlah RM73 juta diperuntukkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025 itu bakal memendekkan jarak perjalanan daripada 22 kilometer kepada 11.2 kilometer.

Media Baharu