fb fb fb fb fb

Projek MyGenom, hasilkan rujukan genetik tempatan

Foto FB Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM, 29 Ogos- Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bekerjasama dalam Projek MyGenom bagi mewujudkan data penjujukan genom kepada rakyat.

Ia bagi menghasilkan rujukan tepat terhadap genetik tempatan, sekali gus meningkatkan penyampaian kesihatan dalam negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bagi fasa pertama sasaran pengumpulan sebanyak 3,500 sampel genom akan diambil.

Pengumpulan sampel bagi projek itu akan dilakukan di 10 pusat darah terpilih.

"Kita perlu 'normal sample' daripada 3,500 yang pastinya ada penyakit-penyakit kronik, NCD (penyakit tidak berjangkit) dan sebagainya.

"Kita anggarkan daripada 3,500 kita akan dapat capai 2,500 normal.. sampel-sampel normal, tidak punya berpenyakit, jadi dua sebenarnya, sampel berpenyakit dan sampel normal.

"Kita target sekarang ini jadikan 'reference point' atau sampel normal, sampel yang tidak berpenyakit," katanya pada sidang selepas Majlis Pelancaran Projek MyGenom di sini.

Dalam sidang media sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata ia akan dilaksana secara berfasa, iaitu pada fasa pertama akan melibatkan penjujukan sebanyak 2,500 genom dengan menjangkakan selesai pada 2025 nanti.

“... Dan selepas itu kami akan memohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk teruskan projek ini untuk mencapai 10,000 jujukan genom, dengan nisbah satu daripada 3,300 populasi rakyat Malaysia,” katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM