fb fb fb fb fb

Projek LRT3: Lencongan di Persiaran Bandar Utama mulai 31 Julai-7 Ogos

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 31 Julai hingga 7 Ogos dari 10.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan untuk kerja-kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama, Selangor.

Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan lorong paling kanan di Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala jalan susur) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas .

"Pelaksanaan lencongan itu dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Amanat Lebuh Rakyat (ALR). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,"menurut kenyataan itu.

Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang serta dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluas kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3.

TETITIA YUSOFF