fb fb fb fb fb

Projek KEDA tarik perhatian delegasi M-FICORD Sarawak

Delegasi M-FICORD Sarawak dibawa melawat lokasi projek KEDA antaranya Projek Cili Fertigasi di Charuk Tualang, Sik.

ALOR SETAR, 16 Julai - Pelaksanaan projek pembangunan luar bandar oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus menjadi rujukan agensi luar negeri itu.
 
Terbaharu, KEDA menerima kunjungan delegasi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).
  
Delegasi diketuai, Ketua Bahagian Pembangunannya, Joyce Boanerges Entika diberi taklimat berkaitan pelbagai program dan projek berimpak tinggi yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar oleh Pengurus Besar KEDA, Afifah Omar.
 
Delegasi turut dibawa melawat beberapa lokasi projek KEDA antaranya Projek Cili Fertigasi di Charuk Tualang, Sik dan kilang air mineral.
 
Selain itu, delegasi turut berpeluang meninjau Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang mengusahakan ternakan dan penghasilan madu kelulut secara komersial. 
 
KEDA dalam kenyataan berharap, lawatan tersebut membuka ruang kerjasama lebih erat dalam membangunkan komuniti luar bandar secara mampan dan berdaya saing.
 
Sebagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW), KEDA komited melaksanakan peranan dalam aspek pembangunan sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Selain menyediakan kemudahan infrastruktur, ekonomi, keusahawanan, pertanian, pelancongan dan pembangunan modal insan luar bandar.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN