fb fb fb fb fb

Projek ECRL hampir separuh siap

Anthony Loke meninjau perkembangan projek di Tapak Pembinaan Terowong Genting

BENTONG, 11 April- Kerja-kerja pembinaan projek ECRL sepanjang 665 km yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencapai kemajuan sebanyak 42.06%  setakat suku pertama tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia selari dengan jadual penyiapan jajaran projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke terminal bersepadu Gombak, pada Disember 2026.

Dalam ucapan lawatan kerjanya ke Tapak Pembinaan Terowong Genting, beliau berkata, pihak ECRL juga merancang untuk melibatkan lebih ramai tenaga kerja tempatan dan mewujudkan perkerjaan mahir kepada masyarakat di sepanjang jajaran.

Ia seiring dengan matlamat untuk keperluan tenaga kerja tempatan memenuhi sehingga 70% projek ECRL dalam masa yang terdekat.

"Lawatan kerja saya petang ini, mendapati kerja-kerja pengorekan bagi Terowong Genting yang pertama telah mencapai kedalaman sebanyak 2,602 meter sehingga kini, manakala Terowong Genting yang kedua telah mencecah 2,497 meter, seterusnya membolehkan penembusan Terowong berkembar Genting dapat dicapai pada suku kedua tahun 2025,"katanya.

Media Baharu