fb fb fb fb fb

Projek E-FFB elak manipulasi ketidakpatuhan industri sawit

(Jeck Seng pada sidang media selepas pelancaran projek rintis E-FFB)

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Projek Rintis Elektronik Kumpulan Buah Segar secara dalam talian E-FFB oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mampu memantau pelaporan rekod urus niaga keluaran sawit oleh pemegang lesen ke dalam pangkalan data MPOB.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata ia sekali gus mampu mengawal dan mengelakkan manipulasi dan ketidakpatuhan dalam industri.

Manfaatnya, dapat membanteras aktiviti tidak sihat dalam urusan pembelian dan penjualan.

"Sistem E-FFB dijangka boleh digunakan bulan hadapan melibatkan penyertaan 2,458 pekebun kecil kelapa sawit, 10 peniaga buah sawit dan sebuah kilang sawit di kawasan Tanjung Piai," katanya.

Beliau ditemui pada pelancaran projek rintis E-FFB MPOB di Dewan Serbagun Taman Emas Merah, Pekan Nanas di sini.

(Jeck Seng pada pelancaran projek rintis E-FFB)

Pihaknya berharap sistem ini memberi manfaat kepada pihak berkenaan selain menjadi salah satu sistem nasional yang mengubah persekitaran kerja ke arah pendigitalan industri sawit.

Media Baharu