Projek ‘directional ramp’ SDE-Bandar Penawar siap November ini

Foto dikongsi Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamd Salleh

KOTA TINGGI, 2 April Projek tanjakan berarah (directional ramp) di persimpangan Senai Desaru Expressway (SDE)-Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, kini mencapai 62 peratus dan dijangka siap November tahun ini, dengan kos RM86 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek tanjakan berarah di persimpangan SDE-Bandar Penawar sepanjang 1.5 km bermula Feb 2022.
  • Kerja melibatkan pembinaan ramp, naik taraf jalan dan persimpangan, pengalihan utiliti, pemasangan lampu, perabot jalan.
  • Fasiliti dijangka memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengguna jalan raya setiap hari.
  • Projek berpotensi mengurangkan kesesakan trafik di persimpangan Bandar Penawar ke Plaza Tol SDE.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamd Salleh berkata, projek sepanjang 1.5 kilometer itu, bermula sejak Februari 2022.

“Projek sepanjang 1.5 kilometer itu, bermula sejak Februari 2022. Projek berkenaan melibatkan pembinaan directional ramp, menaik taraf jalan dan persimpangan, pengalihan utiliti, pemasangan lampu serta perabot jalan,” katanya.

Fasiliti tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengguna jalan raya setiap hari, sekali gus berpotensi mengatasi masalah kesesakan trafik di persimpangan Bandar Penawar ke Plaza Tol SDE.