fb fb fb fb fb

Program Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Raja Muda Perlis santuni masyarakat Islam selatan Thailand

WANG KELIAN, 5 Ogos- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai rombongan Ziarah Mahabbah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Phuket, Thailand bersama 35 delegasi termasuk Ahli Majlis MAIPs, pegawai MAIPs, rakan strategik dan media.

Program selama tiga hari edisi ke-7 yang bermula hari ini melibatkan kolaborasi strategik Kerajaan Negeri Perlis dan MAIPs dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Phuket, Thailand.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, sepanjang di Phuket, antara program yang disusun atur termasuk Program Hijrah Minda, Mesyuarat Strategik MAIPs bersama wakil 6 Majlis Agama Wilayah Andaman dan pembelajaran Bahasa Melayu UiTM.

Selain itu, turut diadakan Forum Ummatan Wahidah, Bengkel Tulisan Jawi DBP, kayuhan MAIPs Peduli, Ihyak Masjid, Promosi Makanan Perlis dan Ziarah Masjid Phuket.


(Raja Muda Perlis bersama rombongan Ziarah Mahabbah sebelum bertolak ke Phuket)

 

 

Media Baharu