fb fb fb fb fb

Program Tabika Pra Tahfiz, perkasa pendidikan al-Quran

Foto BERNAMA

LIPIS, 29 Jun- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara disasar melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz menjelang 2030.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak beragama Islam.

Pembelajaran akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak dan KEMAS.

"Oleh sebab itu, kerajaan melalui KKDW (Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah) dan KEMAS mencari jalan supaya Pendidikan Islam khususnya untuk anak-anak prasekolah ini dapat diajar dengan kaedah yang benar, melalui kaedah yang saya sebut tadi.

"Kita juga jalin kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengajar guru-guru," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM