fb fb fb fb fb

Program Sukaneka Rakyat, kembalikan nostalgia zaman dahulu

(Antara aktiviti yang diadakan, lari dalam kain pelikat berpasangan)

PADANG TERAP, 7 Ogos- Mahu mengembalikan nostalgia permainan kanak-kanak di kampung pada zaman dahulu kala, kira-kira 100 penduduk Kampung Lubuk Merbau, Pedu di Padang Terap, Kedah mengambil inisiatif mengadakan Program Sukaneka Rakyat.
 
Penganjur program, Dr Kamarul Azman Khamis berkata, program disertai pelbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas.
 
Antara aktiviti yang diadakan, lari ikat kaki berpasangan, lari dalam kain pelikat berpasangan, tarik pelepah 'nyoq', kupas buah 'nyoq' dengan parang, tiup belon, tiup tepung, teka biji kacang dan mancing dalam botol.
 
Beliau berkata, kempen pilihan raya umum, yang sedang berlangsung ketika ini tidak menghalang penduduk setempat untuk bersama-sama menyemarakkan program tanpa mengira fahaman politik.
 
Malah ia mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.
 
"Program ini juga kita perkenalkan kepada anak muda, kalau kita lihat, anak muda pada hari ini lebih kepada gajet, teknologi dan sebagainya. Jadi, kita perkenalkan pada anak muda, kanak-kanak dengan program-program ataupun sukaneka melibatkan (aktiviti) tradisional, tiup dalam tepung, tiup belon, melompat dalam kain setong ataupun kain pelikat, ataupun kain batik.

"Secara tidak langsung, kita mengembalikan nostalgia zaman dahulu, jangan dilupa orang-orang lama, tanpa orang lama mana mungkin ada orang baru yang ada pada hari ini,"kata Dr Kamarul.


(Penganjur program, Dr Kamarul Azman Khamis)

Media Baharu