Program Singgah Sahur perkukuh ikatan komuniti

Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat pada Program Singgah Sahur 

KANGAR, 4 Mac – Pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan, khususnya melibatkan komuniti setempat di kawasan kampung, termasuk melalui Program Singgah Sahur di Sempering, DUN Sena, Perlis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh ikatan kekeluargaan komuniti melalui aktiviti berkumpulan semasa Ramadan.
  • Menyediakan platform berkongsi dan menangani permasalahan setempat bersama penduduk kampung.
  • Menunjukkan keprihatinan melalui sumbangan bantuan kepada keluarga yang mengalami kehilangan.

Program, merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dengan penyertaan lebih 50 peserta.

Menurut Penyelaras Program, Sharlina Shahrom, Singgah Sahur merupakan salah satu inisiatif Ihya Ramadan di peringkat kawasan DUN Sena bagi bulan Ramadan kali ini.

“Melalui program sebegini, ikatan kekeluargaan antara satu sama lain dapat diperkukuhkan selain menjadi medium berkongsi permasalahan setempat untuk sama-sama menangani isu yang dihadapi komuniti,” katanya.

Program tersebut turut dimeriahkan kehadiran Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ketua UMNO Bahagian Kangar, yang bersama-sama peserta menjamu selera bersahur.

Selain itu, sumbangan barangan keperluan turut diberikan kepada dua keluarga yang kehilangan ahli keluarga sebagai tanda ingatan dan keprihatinan atas pemergian mereka.