fb fb fb fb fb

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI peringkat negeri dijangka Januari 2024

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dirancang untuk dianjurkan peringkat negeri bermula pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan berkata pemilihan negeri serta tarikh penganjuran program itu akan diselaraskan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kita akan mengadakan jerayawara ataupun jelajah membawa program ini ke negeri-negeri dan ia dirancang bermula dengan Selangor. Insya-Allah ia dirancang akan bermula pada bulan Januari.

"Saya lihat antara yang menjadi fokus bagi program ini adalah sesi dialog seperti yang kita saksikan tadi. Belum pernah ada satu forum kita kumpulkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menjawab sendiri soalan tanpa ada tapisan. Jadi ini satu perkara yang kita boleh bawa dalam siri jelajah ini," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Majlis Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di ibu negara hari ini.

Fahmi berkata penambahbaikan akan dilakukan berdasarkan maklum balas yang diterima.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI