fb fb fb fb fb

Program Semarak Ramadan Madani, Melaka sasar nilai jualan RM160,000

Foto Laman Sosial FAMA Melaka

MASJID TANAH, 9 Mac- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan RM160,000 menerusi Program Semarak Ramadan Madani.

Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Hamid berkata ia bermula 7 Mac hingga 10 Mac ini.

Program berkenaan melibatkan lima pasar tani iaitu Pasar Tani Selandar, Lubok Cina, Masjid Tanah, Jasin dan Merlimau.

FAMA turut menyasarkan jumlah pengunjung seramai 2,000.

"Untuk promosi kita ada jualan beras, kemudian kita ada kombo Madani dulu kita ada empat bahan keperluan dapur dan kita tambah salah satunya ialah bawang dan kita juga ada jualan daging segar kita juga ada buat promosi ayam standard dan juga kita ada satu lagi kita buat jualan produk Agromas. Kita memang merancang seperti biasa program-program pasar tani akan berlangsung seperti biasa cuma untuk yang pra-Ramadan ini kita fokuskan kepada lima pasar tani kita," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Semarak Ramadan Madani di Pasar Tani Masjid Tanah.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sementara itu, mengulas mengenai Jualan Agro Madani (JAM) negeri Melaka, Nor Azhar berkata sebanyak 84 jualan telah dilaksanakan setakat 18 Februari lalu.

Menurut beliau, FAMA Melaka menyasarkan 400 JAM bagi tahun ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM