KANGAR, 14 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis melaksanakan Program Semarak Kasih Ramadan dalam usaha menyemarakkan lagi bulan mulia ini selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kakitangan.
Menurutnya Mohd Anzara Azizan, program kali ini melibatkan penyertaan seramai 68 orang kakitangan termasuk penceramah jemputan dan ketua-ketua jabatan.
"Menerusi pelaksanaan program sebegini juga mampu mengukuhkan hubungan antara FAMA dan agensi kerajaan di Perlis selain memperkukuhkan kerjasama rentas jabatan dan agensi," katanya.
Dalam melaksanakan tanggungjawab serta peranan diamanahkan, FAMA memerlukan sokongan dan kerjasama bukan sahaja dalam kalangan kakitangan malahan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi.
Program itu disemarakkan dengan Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Iftar dan Solat Terawih yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Perlis Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.