KAJANG, 10 November- Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, akan mengadakan kelas Conversational English setiap dua minggu untuk mendekati kanak-kanak bersempena program Santuni MADANI yang diadakan di Pusat Komuniti, Balai Raya Kampung Sungai Ramal Dalam.
Kelas Bahasa Inggeris yang bermula hari ini itu bertujuan untuk memberi keyakinan kepada kanak-kanak berkenaan agar dapat bertutur dengan lebih baik.
Program inisiatif Jabatan Perdana Menteri tersebut bertujuan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus untuk mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung terpilih.
Lebih menarik, selain anak-anak, aktiviti Conversational English turut disertai oleh ibu bapa yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris dan meningkatkan kemahiran dalam bahasa tersebut.