fb fb fb fb fb

Majlis RTM 78 Raya Setulus Hati meriah

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) bergambar bersama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman (dua,kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran), Ts. Putri Joliana Yaacob (kiri) di Majlis sambutan RTM 78 Raya Setulus Hati di Angkasapuri Kota Media, di Kuala Lumpur

ANGKASAPURI, 2 Mei- Sempena meraikan bulan Syawal, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumpulkan warga kerjanya dari seluruh negara dalam sambutan Majlis Hari Raya di Angkasapuri Kota Media.

Majlis RTM 78 Raya Setulus Hati turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Ini merupakan program serampang dua mata merangkap sambutan ulang tahun RTM Ke 78 pada 1 April lalu.

Lebih 10 gerai dengan aneka menu dan  juadah raya disediakan untuk semua tetamu yang hadir, terdiri daripada warga kerja dan rakan strategik RTM.

Program turut diisi dengan persembahan nyanyian daripada barisan penyampai radio dan televisyen RTM.

Tidak ketinggalan, warga kerja daripada unit teknikal, sukan dan stesen negeri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE